Jom klik

Keputusan Terkini Malaysia vs Indonesia 2010 l Live Piala Suzuki AFF  

Posted by PaNthEra TiGriS

Keputusan Terkini Live Malaysia lawan Indonesia di Perlawanan Akhir l Final Pertama Piala Suzuki AFF 2010. Kekalahan Malaysia sebelum ini diharapkan dapat ditebus oleh pasukan Malaysia.
Masa pertama Malaysia sudahpun mula menyerang dengan rancak.

Minit ke 37, pertahanan Malaysia masih mampu bertahan dengan mengekang asakan pasukan Indonesia.

Indonesia hampir merembat gol tapi offside. Selamat gawang Malaysia.
Malaysia diberikan sepakan percuma pada minit 53 tetapi gagal disempurnakan.
Para penyokong yang hadir menyokong pasukan Indonesia. Permainan diberhentikan sementara kerana balingan mercun yang dilakukan oleh penyokong
Ini berlaku apabila penjaga gol Indonesia, Marcus merungut beliau diganggu dengan pancaran laser oleh penyokong dan beliau mangajak pemain Indonesia yang lain untuk beredar dari padang untuk memboikot permainan
Gol Pertama oleh Safee Sali
Gol pertama Malaysia dilakukan oleh Safee Sali pada minit ke 60 hasil hantaran shahrul.
gol yang ketiga untuk beliau dalam kejohanan ini
Gol Kedua oleh Mohamed Ashari
Rembatan gol oleh Mohamed Ashari pada minit ke 67 membolehkan Malaysia mendahului 2-0 mengatasi Indonesia. Pujian patut diberikan kepada Norshahrul kerana menjadi playmaker yang mantap malam ini. Waaa, permainan semakin seronok dengan serangan Malaysia yang makin tajam. GO GO Malaysia!
Gol Ketiga oleh Safee Sali
Sekali lagi penguasaan Malaysia yang semakin garang dengan gol yang dilakukan oleh Safee Sali pada minit ke 72 sekaligus menjadikan 3 gol buat Malaysia. Separuh masa kedua berakhir dan ditambah 8 minit lagi masa perlawanan.
Pemain Malaysia Kunanlan hampir mendapat penalti setelah penjaga gol Indonesia menangkap bola dengan kaki Kunanlan tapi hampa.
Pemain bersalam sesama sendiri selepas perlawanan

Pemain Malaysia meraikan kemenangan keatas Indonesia
8 minit masa tambahan berakhir dengan kemenangan Malaysia!
Malaysia membawa kemenangan selesa untuk dibawa ke Indonesia untuk perlawanan kedua pada
29 disember ini. Go Malaysia, go...

This entry was posted on Sunday, December 26, 2010 at Sunday, December 26, 2010 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

4 comments

Anonymous  

suka sgt tgok bola td...malaysia menang 3-0..tuskn usha n juarai prtndgn d indonesia plak...chaiyok..chaiyok!!!..

December 26, 2010 at 11:16 PM

aha, serangan n pertahanan sgt bagus malam nie..
harap Malaysia dapat terus n kekalkan aksi seperti malam nie pada pusingan kedua lak...

December 26, 2010 at 11:20 PM

yes!ak dah agak memang malaysia menang!...

December 26, 2010 at 11:38 PM

kene bg sokongan yg padu pada pemain Malaysia untuk meraih piala Suzuki

December 26, 2010 at 11:49 PM

Post a Comment

Nana-nama Allah

Jom Klik