Jom klik

KOMUNIS DAH ADE KEMBALI DI MALAYSIA  

Posted by PaNthEra TiGriS



KEPALA BATAS - Polis percaya kumpulan 31 warga tempatan yang ditahan di Plaza Tol Sungai Dua, Butterworth, dekat sini ketika menaiki sebuah bas petang kelmarin, cuba menghidupkan semula fahaman komunis di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abd. Rahim Jaafar berkata, ia berdasarkan penemuan pelbagai bukti yang ditemui dan dirampas pihak polis di dalam bas yang dinaiki oleh kumpulan tersebut.

"Kumpulan itu dilihat cuba mewujudkan semula fahaman komunis menerusi Perhimpunan Bersih yang dirancang diadakan nanti.

"Ini satu perkara serius yang boleh mengancam keselamatan negara," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara di sini semalam.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan mengadakan perhimpunan di ibu kota pada 9 Julai ini.

Menurut Abd. Rahim lagi, beberapa barangan yang dirampas daripada kumpulan terbabit dengan jelas cuba menghasut rakyat supaya menentang kerajaan dengan menyertai Perhimpunan Bersih terutamanya menerusi beberapa jenis risalah yang dicetak dalam pelbagai bahasa.

Selain itu katanya, beberapa helai baju-T berwarna merah yang dirampas juga ada mempunyai cetakan gambar pemimpin fahaman komunis iaitu Abdullah C.D., Rashid Maidin, Chin Peng dan Suriani Abdullah selain beberapa helai baju lain yang tertera tulisan serangan neo-liberal rakyat terus sengsara dan anti-capitalism.

Jelas Abd. Rahim, polis turut merampas 15 naskhah akhbar Sosialis berbahasa Tamil, 10 naskhah akhbar Sosialis berbahasa Melayu, 15 bendera logo Parti Sosialis Malaysia (PSM), 600 helai risalah tertera Perhimpunan Bersih 2.0 dalam bahasa Melayu dan 1,500 helai risalah PSM dalam bahasa Melayu.Beliau berkata, pihaknya mendapati bahan yang ditemui bersama kumpulan itu sangat serius serta boleh menggugat keselamatan negara dan berikutan itu, siasatan dibuat mengikuti Seksyen 122 Kanun Keseksaan, iaitu cuba melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
“Kita melihat usaha kumpulan ini membawa ke arah penentangan dan peperangan kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Abd Rahim berkata, pihaknya mendapat maklumat ada rombongan dalam sebuah bas dari Sungai Petani, Kedah ke Pulau Pinang dipercayai cuba menghasut orang ramai untuk membenci kerajaan dan membawa senjata berbahaya.

“Sekatan di laluan arah selatan di Plaza Tol Sungai Dua membawa kepada penahanan sebuah bas mempunyai kain rentang tergantung lambang dacing yang digunting dengan bertulisan ‘Udahlah tu.. Cukup 54 tahun Bersaralah’.

“Semua yang ditahan berusia antara 16 hingga 64 tahun dan mereka turut memakai memakai baju T warna kelabu yang tertera gambar dacing seperti Barisan Nasional (BN) yang digunting dan bertulisan ‘Udahlah Bersaralah’,” katanya.

Sementara itu, Mahkamah Sesyen Butterworth menetapkan tempoh reman tujuh hari sehingga 7 Julai terhadap 30 ahli PSM terbabit, termasuk Jayakumar.

Majistret Amernudin Ahmad membenarkan mereka ditahan mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan, iaitu cuba melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Seorang daripada 31 yang ditahan kelmarin, dibebaskan kerana di bawah umur. Mereka diwakili peguam Karen Lai, A Chandra Segaran, Rowena Nair, Sukhindarpal Singh, Agatha Foo, Joshua Narendren dan Benjamin Sathyanandam.

Karen berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan mengkaji semula siasatan mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi kerana tiada sebarang senjata berbahaya ditemui.

This entry was posted on Monday, June 27, 2011 at Monday, June 27, 2011 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment

Nana-nama Allah

Jom Klik