Jom klik

Hari Kekasih part 1  

Posted by PaNthEra TiGriS

Hari Kekasih dah nak dekat nie.meh aku citer pasal hari kekasih nie



Sejarah Hari Kekasih

Versi 1

Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.

Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.
Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu).

Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka

Versi 2
St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.
Versi 3
Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.
Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Bayangkan kalau kita meraikan hari ini, sudah tentu ia menandakan kita sendiri merayakan kejatuhan agama Islam itu.Tiap-tiap tahun ada saja ulamak-ulamak yang memperingati kaum muslimin dan muslimat tentang bercanggahnya dengan hukum Islam mengenai sambutan Hari Valentine atau hari kekasih, namun berapa ramaikah yang berperihatin. Golongan muda, kebanyakan akan terikut-ikut nak menyambutnya. Sudahlah itu, Deejay-deejay di radio dan pengacara-pengacara di TV yang selalu suka mempromosinya. Tidakkah pihak yang berwajib boleh berbuat sesuatu. Apa kata Imam Hadhari???

'Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian'.

Tolong lar jgn lar menyambut hari kekasih nie

cukup lar..

This entry was posted on Saturday, February 12, 2011 at Saturday, February 12, 2011 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

3 comments

sambut pon x pena... rmi remaja yg xtau pe valentine day ni sbnr nye.. it is good 4 ur post bout this.. bior dorg tau sal valentine ni!

February 14, 2011 at 10:13 AM

tau x ape, nie nk kabo ko korang nie..haha

February 17, 2011 at 12:36 AM

Kalau yang bukan daripada dorongan Al-Quran dan Al-Sunnah, tak perlulah. Sedangkan daripada Al-Quran dan Al-Sunnah pun belum tentu dapat kita sambut atau laksanakan. Inikan pula tidak disarankan. Jadi, kita cubalah perbaiki diri untuk lebih membuat amal sebagai bekalan di akhirat kelak. Insya-Allah.

Sedikit pandangan dari Minda Insan. Terima kasih.

April 19, 2011 at 11:49 AM

Post a Comment

Nana-nama Allah

Jom Klik